Khamis, 31 Mac 2011
Fool April Fool
Rabu, 30 Mac 2011
Jangan makan saya !!
MIDIN
Midin nie kalau masak dgn belacan...fuhhh sedap glerrr!!!! uolss mesti TRY ok!!!
Inilah MIDIN , ianya sejenis sayur |
Inilah MIDIN masak belacan , memang sedapp!!! |
2 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dipotong)
sayur midin (lurutkan daun nya dan patahkan batang yang lembut)
5 sudu besar air belacan
1 sudu besar cili giling
3 biji cili api/cili akar (dibelah dua, dibuang biji dan diketuk)
minyak secukup nya
Garam (sekiranya kurang masin)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili akar hingga naik aroma wangi.
Kemudian, Masukkan cili giling. Kacaukan.
Selepas itu, masukkan air belacan..Kcaukan.
Kemudian, masukkan sayur midin tadi. kacau dan kacau. Gunakan api yang kuat untuk memasak sayur agar sayur cepat masak dan tidak layu.
Sekiranya kurang masin, tambahkan garam.
Jika rasa OK, boleh hidangkan =).
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.
Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.
Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi
Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
Puteri Santubong , Puteri Sejinjang
Ini plak lagu ''Puteri Santubong'' yang selalu uolls dengar...lirik ori memang dalam bahasa sarawak..iolls suke dengar lagu nie...jom layan!!
MB: Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco
Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.
Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
P/S : AKU SUKA BERPOCO-POCO , BAGI AKU IA HANYALAH SATU SENAMAN JER...BIASA LAH DAH NAMA NEGARA ISLAM..MCM² JER LARANGAN...=) ASALKAN TAK MENYINGGUNG PERASAAN AGAMA DAN KAUM YANG LAIN..NO WAR..PEACE !!
Selasa, 29 Mac 2011
K.A.W.A.N.B.A.I.K
AJAIBNYA NOMBOR
Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Isnin, 28 Mac 2011
FAKTA menarik lagi BENAR
- Manusia yang suka ambil tahu
- Manusia yang malas ambil tahu
- Manusia yang tahu, tapi buat-buat tak tahu
- Manusia yang tak tahu dan malas ambil tahu
- Manusia yang tak tahu, tapi buat-buat tahu
- Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer ni..tak percaya? cuba test tengok..hehe
- Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan? Bayangkan kalau kita hanya ada sebulan..camne?
- Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat kita..berapa kilometer tuh?cepat amik kalkulator..
- Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg..isk..isk..berat juga, ada apa dalam kepala kita nie?
- 100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita..ooo..patutla berat jer kepala kita.hehe
- Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..
- Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..
- Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..
- Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi
- Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..
- Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe
- Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..ni termasuk jari kaki yang busuk tau..
- Kumpulan Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu..
Inilah 12 Pelajar Akademi Fantasia 9
Gempa kuat landa Honshu
Gempa bumi lagi di Jepun. |
Pusat gempa itu terletak 370 kilometer ke timur laut Tokyo dan 4,337 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah.
Honshu telah dilanda beberapa gempa bumi kuat bulan ini..
Ahad, 27 Mac 2011
Kejadian pelik selepas tsunami
SEBELUM DAN SELEPAS TSUNAMI DI JEPUN
sumber http://www.bardbahtiar.com/2011/03/imej-satelit-sebelum-dan-selepas.html#ixzz1HsDWK6NP