Salah satu makanan yg juga popular kat Sarawak ialah Midin...sedap tau, rugi tak rasa..kalau uolss dtg ke Sarawak....jgn lupa TRY makanan nie..
Midin nie kalau masak dgn belacan...fuhhh sedap glerrr!!!! uolss mesti TRY ok!!!

Inilah MIDIN , ianya sejenis sayur |
Inilah MIDIN masak belacan , memang sedapp!!! |
Owkey , sure uolls nak TRY kan..so iolls bagi resepi utk buat Midin Belacan nie owkey , Selamat Mencuba! Mcm dalam progam Jalan-Jalan Cari Makan lah plak...hehehe
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dipotong)
sayur midin (lurutkan daun nya dan patahkan batang yang lembut)
5 sudu besar air belacan
1 sudu besar cili giling
3 biji cili api/cili akar (dibelah dua, dibuang biji dan diketuk)
minyak secukup nya
Garam (sekiranya kurang masin)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili akar hingga naik aroma wangi.
Kemudian, Masukkan cili giling. Kacaukan.
Selepas itu, masukkan air belacan..Kcaukan.
Kemudian, masukkan sayur midin tadi. kacau dan kacau. Gunakan api yang kuat untuk memasak sayur agar sayur cepat masak dan tidak layu.
Sekiranya kurang masin, tambahkan garam.
Jika rasa OK, boleh hidangkan =).

Ini plak serba sedikit info pasal midin nie ,
Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.
Pucuk paku yang lembut, berdaun atau tanpa daun terbuka digunakan sebagai sayur atau ulam. Pelepah berdaun kecil yang mempunyai spora biasanya tidak dimakan, manakala warna pelepah berbeza dari hijau muda kepada hijau tua atau kemerah-merahan.
Pelepah subur dan warna merah terhasil daripada tindak balas kepada pertukaran persekitaran yang tidak menentu seperti cuaca dan jerebu.
Di Sarawak, permintaan terhadap paku midin meningkat dengan keadaan tanah berasid dan cuaca yang panas di kebanyakan tempat menggalakkan pertumbuhan paku midin secara semulajadi
Kesedaran awam terhadap makanan kesihatan dan bebas daripada pencemaran mendorong penggunaan dan permintaan semakin meningkat terhadap sayur midin yang tumbuh secara semulajadi.
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.

0 ulasan:
Catat Ulasan