BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 31 Mac 2011

Fool April Fool

Dikisahkan ade sorang suami yang cukup sengal dan sorang isteri yang biasa jer..Pada 1 april,suami yang sengal nie dengan niat nak bergurau telah memanggil isterinya.Apabile isteri yang biase nie muncul di hadapannya,suami yang sengal ini telah mengucap ,”aku ceraikan engkau dengan talak 1!” Mendengarkan ucapan suaminya yang sengal itu,isteri tadi dengan rasa kecewanya telah lari ke dapur,sedey kerana diceraikan. Apabila melihat gelagat isterinya yang sedey,berlari ke dapur,suami yang sengal tadi tlh gumbira kerana niat utk kenakan isterinya tercapai.10minit selepas itu, isterinya keluar sambil mengangkat beg baju.Terkejut suaminya. Isterinya melambaikan tangan dan membawa diri ke rumah mak kerana talak tadi sudah jatuh walaupun ia adalah gurauan.Suami yang sengal tadi melihat pemergian isterinya dengan mata yang terkebil2…Sape yang fool skang? Renung-renungkanlah uolls....
.
Sebelum pergi jauh lagi,ape kata uolss bace sejarah april fool..Tapi sejarah april fool ni,ntah btoi ntah tidak sebab tiada bukti yang kukuh mengenainya.Tersebut al-kisah di Andalusia,bukan anak dara tua lanjut usia,tetapi kini dipanggil Sepanyol.Lama Islam bertapak di Granada ,Andalusia,berkurun- kurun tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.Yang malunya,Islam ketika itu boleh dikatakan memerintah seluruh dunia namun kalah kepada 2 kuasa Kristian yang pada awalnya berpecah tetapi bersatu sebab ingin kalahkan Islam di Andalusia.Penduduk-penduduk Islam di Andalusia terpaksa berlindung di dalamrumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam.Mereka bermadah. Penduduk-penduduk muslim yang bersembunyi di dalam rumah diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Andalusia  dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Memang sah ade kapal. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Tyme nilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah umat Islam.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Budaya sambut April Fool nie kan budaya barat,budaya yang Islam tak ajar, buat per nak ikut benda-benda cam tue,bukan dapat faedah apa-pun pon!.,wat sakit ati orang ade lah kan...Ingat,we olls wat salah ngan TUHAN..,we olls ley taubat mintak ampun tapi kalau buat orang marah,terase hati,nangis darah depan TUHAN pun, dose tu takkan terhapus kalau orang tue tak ampunkan kite.Ingat betul-betul occay!

Tapi nak wat camne,da jadi BUDAYA orang Islam di Malaysia untuk tiru BUDAYA LUAR.Dulu..sopan je,pakai baju kurung,baju melayu tapi kini pakai mini skirt,seluar jeans.Tak pelik,benda-benda cam nie nabi da kate lebey kurang 1431 tahun dulu pasal nie..Chewah!! Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang berbunyi:
Rasulullah bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”
Sabahat bertanya, “Ya Rasulullah! apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”
Rasulullah menjawab, “siapa lagi kalau bukan mereka?”

0 ulasan: