BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 7 Jun 2011

MEASAT beli satelit baru untuk luaskan pasaran

MEASAT Global Bhd menandatangani kontrak dengan Astrium SAS bagi pemerolehan satelit MEASAT-3b yang akan memenuhi keperluan pelanggan sedia ada dan peluasan ke dalam pasaran baharu.

measat launch 220609MEASAT-3b akan mempunyai hayat kontrak selama 15 tahun dan program keseluruhan dijangka menelan kos kira-kira RM1 bilion, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 

Ia dijangka dilancarkan pada akhir 2013. MEASAT Global berkata, berdasarkan platform Eurostar E3000, MEASAT-3b akan menambah 48 transponder Jalur Ku lagi ke lokasi orbit 91.5ÌŠE.

Satelit baru yang direka khas untuk beroperasi seiringan dengan kapal angkasa MEASAT-3 dan MEASAT-3a itu akan menyediakan kapasiti Jalur Ku berkuasa tinggi bagi perkhidmatan Terus Ke Rumah dan Satelit Bukaan Amat Kecil (VSAT) Jalur Lebar di seluruh Malaysia, Indonesia dan India. Satelit itu juga direka khas untuk menyokong pasaran keempat.

"Dengan meningkatkan kapasit Jalur Ku kami lebih daripada sekali ganda pada 91.5ÌŠE, MEASAT-3b akan membolehkan Kumpulan in terus memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap DTH kami dan pelanggan telekomunikasi di Malaysia dan seluruh rantau ini,” kata Pengerusinya, Datuk Umar Abu.

Beliau juga berkata satelit baharu itu akan ditempatkan bersama kapal angkasa MEASAT-3 dan MEASAT-3a. 

measat 3 satellite 121206"Ia akan menambah satelit kami yang sedia ada sekali gus mewujudkan rangkaian satelit yang paling kukuh di rantau ini untuk memberikan jaminan perkhidmatan tahap tertinggi kepada pelanggan,” tegasnya.

Pada masa ini, MEASAT menyokong lima platform DTH di seluruh Malaysia, Indonesia, India dan Brunei dan menyediakan perkhidmatan TV langganan kepada lebih daripada 10 juta isi rumah.

0 ulasan: