BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 7 Jun 2011

JAKIM anjur pencerapan gerhana bulan 16 Jun

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula 1 pagi di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur.

solar eclipse 220709 telescopeJAKIM, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan beberapa aktiviti termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet Musytari, Zuhrah dan Marikh akan diadakan.

Kehadiran orang ramai dialu-alukan pada program anjuran bersama Agensi Angkasa Negara itu.

Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.

0 ulasan: