BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 13 Mac 2011

TSUNAMI datang lagi

11.Mac.2011 ,kita dikejutkan berita Jepun dilanda TSUNAMI dalam tempoh 140 tahun dengan skala 8.9 pada skala ritcher dan gegerangan sebanyak 20 kali sudah cukup untuk mengingatkan kepada kita betapa besarnya kuasa tuhan dan betapa dasyhatnya kuasa tuhan dengan sekelipmata.Sama-samalah kita mengambil ikhtibar daripada kejadian tsunami ini.Tiada lagi ultraman , power rangers , sailormoon , baja hitam untuk menahan kejadian tsunami tersebut.terbukti kuasa tuhan sangat besar…renung-renungkanlah....wallahu’alam

Disini ada serba sedikit maklumat mengenai TSUNAMI....

Tsunami (bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan. Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit. Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut. Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi



Apa Penyebab Tsunami?
Tsunami-tsunami adalah siri ombak-ombak yang terlalu panjang yang mana terbentuk selepas sejumlah besar isipadu air dialihkan. Tetapi apa itu isipadu besar? Dan bagaimana ia dipindahkan? Walaupun tidak ada pengiraan isipadu air yang menjadi kuantiti standard yang akan menghasilkan tsunami, jumlah yang dipindahkan mesti cukup penting untuk menghasilkan ombak-ombak di bawah lautan luas. 

Ombak-ombak terbentuk apabila pindahan jumlah air yang besar bergerak dibawah pengaruh graviti untuk mendapat kembali equilibrium dan menyemarak sepanjang lautan seperti pergerakan pada permukaan air yang dipuput angin atas kolam. Lebih besar isipadu perpindahan, lebih besarlah ombak yang akan dihasilkan. Sacara amnya, tsunami boleh dihasilkan dengan empat cara seperti berikut:-













0 ulasan: