Polis merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.Antara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, barangan itu dijumpai di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama setelah mendapat maklumat.
Menurut timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh, barangan itu termasuk bom petrol dan mercun yang dijumpai disembunyikan di pasu bunga di tiga lokasi manakala baju T BERSIH pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah berkenaan.
Ditanya wartawan berhubung kemungkinan pertubuhan BERSIH 2.0 dikhianati dengan perjumpaan barangan itu dirancang, Amar berkata pihaknya sedang menyiasat semua kemungkinan.
“Kemungkinan besar barangan itu akan digunakan semasa perhimpunan. Siasatan awal, mereka akan gunakannya. Kami bimbang apa yang mungkin berlaku pada hari tersebut,” katanya.
Amar Singh juga enggan mengesahkan sama ada beliau merujuk kepada BERSIH 2.0 tetapi apabila diasak wartwan, beliau mengambil sehelai baju T dan menunjuk ke arahnya.
"Ini amat jelas,” kata Amar tanpa mengulas lanjut.
Amar berkata suspek kemudian bergerak dan berhenti di hadapan kompleks Sogo sebelum melarikan diri.
"Kira-kira pukul 6.30 pagi, semua barangan tersebut kemudian ditemui di dalam plastik hitam," katanya.
senjata tersebut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.
Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.
Bernama pula melaporkan dalam serbuan itu polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong.
Tun Hisan berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.
"Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.
Sehubungan itu, Tun Hisan berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan.
"Polis tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap ia serius dan mengancam keselamatan," katanya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.
0 ulasan:
Catat Ulasan