Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula 1 pagi di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur.JAKIM, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan beberapa aktiviti termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet Musytari, Zuhrah dan Marikh akan diadakan.
Kehadiran orang ramai dialu-alukan pada program anjuran bersama Agensi Angkasa Negara itu.
Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.
Selasa, 7 Jun 2011
JAKIM anjur pencerapan gerhana bulan 16 Jun
Dicatat oleh RYAN DASH di 8:25 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan