BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 10 Mei 2011

Bajet 2012 dibentang pada 7 Oktober

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya.

"Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan," kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.

Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.

"Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Tahun lalu kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

0 ulasan: