QUEEN OF THE QUEEN " LOBO " from Kuching , Sarawak |
Rabu, 25 Mei 2011
Malam Pra Gawai 2011
Malam dinner yang sungguh happening di RH HOTEL SIBU , 38 peserta yang memasuki pertandingan ratu ( QUEEN OF THE QUEEN ) dalam malam dinner nie memang gojes ! semua membawa dan memperagakan baju mereka masing-masing yang mewakili negara masing-masing.Yang best nye time dinner nie lah semua geng-geng berkumpul...memang meriah lah dalam ballroom...
ryan carrem wazir
Selasa, 10 Mei 2011
Bayi 1 badan 2 kepala
JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.
ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam.
Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.
Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.
Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.
Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.
“Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani,” katanya.
Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.
Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.
Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.
Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.
Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.
Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh.
Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan.
Bajet 2012 dibentang pada 7 Oktober
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya.
"Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan," kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.
Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.
"Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.
Tahun lalu kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Isnin, 2 Mei 2011
Osama Laden mati dibunuh Amerika
Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara telah dibuat oleh Presiden Barack Obama.
Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.
Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad.
Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.
Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.
Osama dilaporkan dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.
Tentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New York dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.
Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering dipercayai bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Sementara itu, Reutersmelaporkan doktor dan pakar bedah kelahiran Mesir Ayman al-Zawahri, orang kedua rangkaian Al-Qaeda dijangka akan menggantikan Osama bin Laden ekoran kematiannya.
Ayman Al-Zawahri bakal ganti Osama
Ayman menjadi nadi bagi pergerakan Osama dan juga rangkaian Al-Qaeda dan seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika Syarikat dan sekutunya menerusi mesej- mesej video.
Dalam kenyataan terbaru yang dipantau SITE Intelligence Group bulan lalu, Ayman menggesa umat Islam menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat ekoran serangan ke atas Libya yang masih berterusan.
Lahir dalam keluarga kelas atasan yang terdiri daripada sarjana dan doktor di Kaherah, Ayman yang kini berusia lewat 50 merupakan individu kedua selepas Osama diletakkan dalam senarai orang paling dikehendaki FBI.
Kedua- dua Osama dan Ayman membolosi tentera Amerika Syarikat yang menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001 ekoran serangan 11 September.
Ayman, pemimpin yang berkaca mata dengan rambut kelabu, mendapat perhatian pada November 2008 apabila Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai “house Negro”, istilah yang digunakan oleh pemimpin Amerika Muslim berkulit hitam pada 1960-an, Malcolm X untuk menggambarkan hamba kulit hitam yang setia kepada golongan berkulit putih.
Kemudian dalam kenyataan video pada September 2009, Ayman kembali menyerang Obama dengan menyifatkan kepimpinannya tidak jauh berbeza daripada George W Bush.
Seperti Osama, Ayman dipercayai berlindung di kawasan sempadan Afghanistan-Pakistan.
Rakaman video kedua-dua mereka bersama disiarkan oleh stesen TV Al-Jazeera pada 10 September 2003.
Ia menunjukkan kedua-dua mereka berjalan di kawasan pergunungan dan melaungkan jihad dan memuji mereka yang melakukan serangan 11 September.
Penganalisis menggambarkan Ayman sebagai ketua pengurusan Al-Qaeda dan mentor rapat Osama.
“Ayman seperti otak dan badan bagi Osama,” kata peguam Montasser al-Zayat dari Kaherah yang pernah mewakili Ayman

Ahad, 1 Mei 2011
Putera William dan Kate Middleton
Perkahwinan di Raja antara Putera William dan Kate Middleton telah menjadi satu benda yang harus ditonton oleh semua lapisan masyarakat di seluruh dunia. Dikhabarkan bahawa jumlah yang menonton upacara perkahwinan ini menerusi online telah mengalahkan rating piala dunia. Sangat hebat…ianya umpama cerita dongeng cinderella dan kisah pari pari.
Putera William dan Kate Middleton menerima hadiah perkahwinan diraja pertama mereka dari nenek Putera William iaitu Ratu Elizabeth, hadiah tersebut ialah gelaran Duke and Duchess of Cambridge. Menurut sumber dari Istana Buckingham, William kini secara rasmi bergelar His Royal Highness The Duchess of Cambridge manakala isterinya Catherine Middleton bergelar Her Royal Highness The Duchess of Cambridge. Kenyataan istana menyebut bahawa Willliam dinamakan sebagai Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus, manakala Middle juga menerima gelaran yang sama sebagaiCountness of Strathearn dan Baroness Carrickfergus.
Strathearn mengaitkan William dan Middleton dengan Scotland di mana pasangan itu bertemu dan saling jatuh cinta. Baron Carrickfergus adalah gelaran bangsawan yang merujuk kepada satu daripada bandar tertua di utara Ireland.
Ketiga-tiga gelaran berkenaan dikurniakan nenda William, Ratu Elizabeth II sebagai menandakan perkahwinan putera berkenaan dan diumumkan awal pagi semalam menerusi Twitter, e-mel dan halaman web rasmi perkahwinan diraja.
Disebabkan Middleton tidak dilahirkan dikalangan keluarga diraja, beliau tidak akan secara rasmi menjadi Puteri Catherine walaupun masyarakat umum akan memilih untuk memanggil beliau demikian atau mungkin “Puteri Kate”, menolak protokol.
Putera William, 28, pewaris kedua takhta British dan Kate Middleton, 29, sah bergelar suami isteri dalam majlis yang diadakan di Westminster Abbey dengan disaksikan 2,000 tetamu di gereja berkenaan selain dua bilion penonton dari seluruh dunia yang menyaksikan acara yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan internet.
Sementara itu di luar Westminster Abbey, orang ramai dari seluruh dunia mula memenuhi kawasan berkenaan sejak malam sebelumnya dengan harapan untuk melihat lebih dekat majlis penuh bersejarah itu.
“Saya hanya dapat lelap beberapa jam di muka pintu tetapi saya tidak kisah, hari ini adalah satu peluang seumur hidup dan saya perlu berada di sini untuk menyaksikan upacara berkenaan,” kata rakyat Kanada, Jay Edmonds.
Malah, ramai peminat yang sanggup berkhemah di sepanjang jalan Westminster semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan perkahwinan bersejarah itu.
Dengan membawa bendera Union Jack, Terry Hut, 77, sanggup berkhemah sejak lima hari lalu untuk mendapatkan kedudukan di barisan paling hadapan bagi menyaksikan majlis perkahwinan diraja yang kelima bagi dirinya.
“Mereka akan berjalan secara berasingan tetapi ketika mereka berjalan bersama, mereka akan menjadi raja dan ratu England pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, pihak polis Britain dilaporkan sudah menahan tiga orang dalam operasi keselamatan berkaitan dengan perkahwinan diraja berkenaan.
Penahanan dibuat ketika pasukan polis Britain mempertingkatkan keselamatan pada waktu malam, kelmarin sebelum majlis di Westminster Abbey di mana seramai 5,000 anggota polis ditempatkan bagi menghalang kejadian tidak diingini.
Scotland Yard berkata, tiga individu ditahan di selatan London pada Khamis kerana disyaki menyebabkan gangguan awam dan melanggar keamanan.
Suspek terbabit adalah dua lelaki berusia 68 dan 45 serta seorang wanita berusia 60 tahun yang kini masih dalam tahanan polis Metopolitan.
Langgan:
Catatan (Atom)