BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 3 April 2011

Mukah - Tempat Aku Bekerja

MUKAH , itulah nama tempat iolls bekerja.Sudah hampir 4 tahun iolls kerja kat cni.Mukah adalah tempat yang sangat tenang bagi iolls..jauh dari kebuzyan bandar..sangat terapi utk meredakan tension dan ianya tempat yang damai lagi tenteram.



Pengisytiharan Mukah sebagai Bahagian ke Sepuluh di Sarawak pada 1 Mac 2002 oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, mengimbau kembali zaman kegemilangan utama pada awal abad ke-14 yang terkenal sebagai pengeksport sagu dan rempah-ratus ke Negara China dan Timur Tengah.
Penubuhan Bahagian Mukah meliputi kawasan seluas 6,997.67 kilometer persegi yang merangkumi empat (4) buah Daerah iaitu Mukah, Dalat, Matu, Daro dan empat (4) buah Daerah Kecil iaitu Balingian, Oya, Igan dan Belawai.  Pengiktifafan Mukah sebagai Bahagian telah membuka lembaran baru dalam jentera pentadbiran negeri Sarawak apabila ia merangkumi seluruh kawasan persisiran pantai di bahagian tengah Sarawak yang menghadapa Laut China Selatan iaitu mengunjur dari Balingian di sebelah Timur sehingga Belawai di sebelah Barat dengan pantai sepanjang 200 km.  Dengan mewujudkan satu kawasan yang lebih kecil adalah diharapkan proses pembangunan di kawasan ini akan bertambah pesat dan berterusan.
Persempadanan semula pada tahun 2002 telah menyatukan Daerah Mukah dan Daerah Dalat dari Bahagian Sibu, manakala Daerah Matu dan Daro dari Bahagian Sarikei dengan jumlah pendududk seramai 97,100 orang.  Pada tahun 2007 jumlah populasi di Bahagian Mukah telah meningkat ke angka 113,300 orang.  Majoriti penduduk di Bahagian Mukah adalah kaum Melanau, disertai kaum Iban dan Cina.

iolss kerja di Menara Pehin Setia Raja.Bangunan ini adalah satu-satunya bangunan yang paling tinggi di Mukah.



MENARA PEHIN SETIA RAJA

TINGKAT 12
RUANG ISTIADAT KHAS

LOBI BELAKANG
PEMANDANGAN MENARA PEHIN SETIA RAJA



LOBI DEPAN


Ini pula mercu-mercu tanda ''Bandar Mukah''

JAMBATAN BATANG OYA
KUBUR GANTUNG
TUA PEKONG
RUMAH PANJANG MELANAU



JAMBATAN BATANG MUKAH


BOULEVARD SETIA RAJA
MENARA JAM
DATARAN SETIA RAJA
LAMIN DANA
POLITEKNIK MUKAH
JERUNEI

KINGWOOD HOTEL MUKAH



BALAI POLIS DAERAH MUKAH



MASJID SETIA RAJA 

TAPAK PESTA KAUL

PERMAINAN TRADITIONAL MASYARAKAT MELANAU ''TIBOU''



Ini pula makanan yang pemes di mukah dan dikalangan masyarakat melanau

SAGU
LINUT        
ULAT MULONG @ SIET 

UMAI

KALAU ADA MASA DATANG LAH MUKAH YE!! 































0 ulasan: