BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 2 April 2011

Pengetua AF , Amy Search


Penantian seluruh rakyat Malaysia akhirnya berakhir apabila Pengetua Akademi Fantasia 9 diumumkan dalam Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 tadi. Desas desus yang mengatakan bahawa Ahmad Dhani dari Indonesia dilantik sebagai Pengetua AF9 ternyata meleset, malah tekaan ramai bahawa Dato' Siti Nurhaliza juga dilantik atas sebab duta Aeon juga ternyata salah.

Akademi Fantasia 9 mengucapkan selamat datang kepada Pengetua Akademi Fantasia 9, lagenda rock Malaysia, Amy Search! Tahniah kepada Amy Search kerana terpilih sebagai Pengetua AF9, musim terakhir.

Sudah pastinya suatu kegembiraan yang besar terutamaya oleh 12 pelajar Akademi Fantasia 9 ini. Semoga mereka semua mendapat ilmu dan pengalaman yang berguna daripada lagenda rock Malaysia ini.

Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, setiap Isnin hingga Jumaat, bermula esok, 9 malam, di Astro Ria (104)

0 ulasan: