BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 11 Januari 2013

2013





Chak!! 

Wah!! lama nya dah tak update blog.Dah tahun baru.tak terlambat aku nak ucapkan happy new year kat korang semua.

Hope tahun baru ini memberi kita semua satu misi , matlamat dan tujuan yang menuju ke arah matlamat yang kita inginkan.tahun demi tahun , semua mengajar kita pengajaran untuk hidup.begitu juga aku.Aku sebagai hambanya tak terlepas di uji pelbagai rintangan dan dugaan.dari situ kita belajar erti hidup yang sebenar.dari pelbagai cara tuhan uji kita.dan aku pasrah dan redha dengan ketentuannya.

Hatiku cekal menjalani hidup ini.Begitu juga kawan , ia memberi impak yang sangat mendalam dalam kita berkawan.semua kita ada kawan baik kan BFF katanya.tapi hakikat nya kawan baik kita sendiri kadang-kadang boleh tikam kita dari belakang.so dalam erti katanya kawan baik adalah musuh kita yang sebenarnya.tapi tak per, aku belajar dari situ.biasalah lumrah berkawan.ada yang jahat jadi baik dan ada yang baik jadi jahat.itu lah hakikatnya.masing-masing nak tunjuk siapa yang terbaik.bagi aku biar kita ikhlas dan jujur dalam persahabatan.kini aku belajar dan jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup aku yang mendatang.kadang-kadang betul cakap mama aku , berhati-hati bila memilih kawan.kadang-kadang menyesal aku bila tak mendengar cakap dan nasihat mama.tak pa benda dah nak jadi kan.biarlah ia berlalu dan terbuku di dalam kamus hatiku.aku bersyukur aku masih dikelilingi kawan-kawan yang memahami dan sayang dengan aku.dan itulah ganjaran yang aku dapat berkat dari sabar dan itulah hadiahnya.aku terima kasih dengan tuhan kerana masih mengajar dan memberi pedoman kepada untuk hidup di dunia ini.dan belajar hidup dan hidup yang sebenarnya.ok, itu lah serba sedikit rumusan aku mengenai persahabatan aku.

Kita beralih arah dengan cinta.Aduh!! cinta oh cinta.ianya satu benda yang sukar nak ditafsirkan dengan kata-kata dan ia membuat kita menjadi buta.cinta itu buta, betul kan ? bila kita asyik bercinta kadang-kadang semua benda keliling kita tak nampak, cuma cinta kita jer kita nampak.kalau nak cita pasal percintaan aku.memang tak pandai habis.biasalah kita manusia , dan kita mahu diri kita dicintai dan disayangi.berbeza dgn persahabatan.kita nak kawan kita sayang ngn kita , dan kita sayang dengan kawan.cinta pula ? kita nak dia sayang dan cinta dengan kita sepenuh hati?? boleh percaya ker sepenuh hati.setakat ini belum ada cinta aku dapat melawan cinta si "H" dan si "D" mereka berdua lah yang aku sedar betapa sayangnya dengan aku.tapi biasalah aku.aku tahu aku liar dan aku bersalah.dan aku mengaku kesalahan aku.aku dengan si "H" sekarang masih berhubung tapi atas hubungan kawan.tidak ada lebih daripada itu.aku dengan keluarga si "H" juga masih berhubung.aku sayang hubungan kekeluargaan tersebut.tak mungkin aku boleh lupa jasa baik "H" dan keluarganya dengan aku.manakala si "D" pula sampai kini kami berdua putus hubungan.aku pun dah unfriend si "D" selepas kami putus.dan aku sebenarnya rindu jugak dengan dia tapi apakan daya kisah lama.si "D" sekarang pun dah berbahgia dengan orang lain dan sama bangsa dengan dia.aku hanya mampu menyesal dengan apa yang aku pernah lakukan dengan dia dahulu.maybe aku terlalu ego dan cepat marah ketika itu.alhamdulillah kini sikap aku tidak mcm dulu.tak apa lah biarkan ia berlalu sebagai memori.aku doakan dia bahgia dengan teman nya itu.amin.dan cinta aku paling benci adalah dengan si polis yang menipu.sakit hati dan tak dpt ku gambarkan sampai sekarang hati aku masih sakit bila aku mengenangkan apa yang dia pernah buat dengan aku.tak pa aku harap dia akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang dia pernah buat dengan aku.gerammmm!!!! biar karma menghukumnya , kalau ikut hati aku memang malu aku kerjakan dia.oklah stop pasal cinta.haha.takut aku mudah ilusi.

Oklah pasal apa lagi, ok kita cita pasal kerjaya.setakat ini aku masih tak berpuas hati dengan kerjaya aku.mcm belum tercapai rasa aku.maybe sebab salah aku dulu tak study betul2 dan ada jugak perasaan nak sambung study balik, tapi fikir perlu duit mcm give up plak aku.takkan dah besar nak menyusahkan ibu bapa lagi kan.nak seribu daya , taknak seribu dalih.itu jer lah.selama aku bekerja ini , enjoy lah jugak.dapat travelling sana sini.dapat pergi tempat kita tak pernah pergi.dan dapat tengok cara dan budaya di tempat orang lain.time kursus pulak best dapat stay kat hotel.free pulak tu.sapa taknak benda freekan.itulah kemudahan bila kita kerja dengan kerajaan.banyak goyang kaki.hehe,biasalah tu kan.dan aku harap tahun ini aku dapat bekerja dengan cemerlang dan produktif dan seterusnya melayakkan diri aku mendapatkan anugerah pekerja cemerlang.haha.misi aku tahun ini.harap termakbul hendaknya.dan matlamat aku tahun ini nak kaya dan kaya dan kaya.itu yang penting.aku mengharapkan tahun ini tahun tuah bagi aku,moga aku diberikan kesihatan yang baik2 dan aku nak bahgiakan keluarga aku.mudah-mudahan tercapai.amin amin amin amin.akhir kata moga kita semua diberkati oleh tuhan.

Oklah.berhenti disini dulu ye.chow! 

ryan sayang kamu