BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 18 Februari 2012

kadang kadang kita lupa

Bila kita memulakan sesuatu...


Kadang-kadang kita lupa letakkan niat


Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah


Sebab tu bila ada masalah,


Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!

hidung oh hidung



Sayangilah Lubang Hidung Kita

Sj nak sampaikan sikit sesuatu ttg hidung kita, mungkin ada yg dah tahu.Tak kiralah brp besar 
lubang hidung kita atau mcmn bentuknya kenalah  kita ambil tahu sedikit. Bunga akan berkembang 
segar jika disirami air. Dan hidung akan  berkembang megah bila dipuji ye dak!

Bila kita nangis kadang-kadang hidung pun tumpang nangis kadang2 air hidung lebih byk dr air 
mata malah ada org jatuh cinta krn terpesona dgn hidung seseorg.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yg amat diminati oleh syaitan. Masa yg paling sesuai 
utk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dlmnya. 
Tidak menjejaskan hidung ttp ia boleh menganggu keupayaan kita tuk bangun dr tidur. 

Membersihkannya sebaik shj bangun dr tidur adalah satu amalan yg dilakukan oleh Rasullullah 
selain dr bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dlm lubang hidung kita macam2 yg dia bikin. Oleh itu bersihkanlah. 

Cara nak bersihkannya.. Berselawatlah dan gunakan jari yg kecil, bersihkanlah perlahan2. Jgn 
gunakan jari yg besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung 
akan tertanggal, boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (mcm serombong kapal daa). 

Nak bubuh sabun pun boleh tp jgm le byk sgt nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu kan susah. Setakat ni tak ada seorangg pun yg sanggup buat CPR melalui hidung. 


Kalau teringat sama2 lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara 
pemberian Allah dan dpt menghidu bau syurga (bergantung kpd amalan masing2).

Akhir kata.. "Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!"

perumpamaan

1) Dari bujang -- kahwin No 1 -- no.2 -- No 3 -- DLL.
2) Dari pakai kapcai --- kancil -- Honda--- BMW----nye..
3) Badminton ---- Tennis --- Golf ----
4) Rumah sewa -- rumah murah -- teres -- bunglow...
5) Supervisor -- engineer --- manager -- GM---
6) Tv 14' --- 21" --- 42" ---- Home theatre...
7) Port dickson --- Langkawi --- Bangkok --- New York..
8) Mancing parit --- kolam bayar--- laut dalam (sewa bot mewah)..

Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour
TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"

Umpamanya :
1) tak sembahyang ---- pastikan solat---jadikan amalan....
2) banyak maksiat ----- tinggalkan/kurangkan ----- hapuskan...
3) New York---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) solat sorang --- berjemaah --- solat di surau/masjid....
6) 5 jam sehari menonton TV --- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU..
7) 3 jam baca akhbar/majalah/internet --- 2 jam majalah/akhbar/internet & 1 jam membaca     AL-QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL IMPROVEMENT banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.

Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....
Contohnye:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur... hilang waktu (kerja lagi penting....dari solat)

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE/DISCO... sekarang.. bila Tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...

Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan kita dan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL.

Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun..

Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan... dengan sebaik mungkin..

Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya.. lama... lamanya... infiniti...

Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangi).
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Time zaman kecil

Perkara yang semua orang lalui masa zaman kanak-kanak
Jgn tipulah..kata korang tak pernah buat..


1) buka kipas..bercakap depan kipas..suara bertukar...bangga betul dulu..siap nyanyi lagi depan kipas..


2) buka peti ais..pastu buat eksperimen..tutup pelan pelan..nak tgk lampu dlm tu terpadam ke dak.
3) naik kereta waktu malam..tengok bulan..pastu ingat bulan ikut korang.
4) nampak helikopter @ kapal terbang..siap lambai..beranggapan org tu nampak korang.
5) naik basikal..dapat lepas dua - dua tangan..rasa mcm dah pro.
6) bila melukis permandangan, mesti ada bukit dengan matahari tersepit dicelah2, sawah padi dah  comfirm,burung bentuk M mmg dah wajib
7) kalau lori @ van milo datang kat sekolah..happy sangat..dapat minum free.
8) waktu rehat, suka lepak kat longkang.
9) main zero point masa time rehat...